Sunday, October 17, 2010

Weekend

Bosan la weekend ni.. Tak tau nak wat ape. So, daku decided to 'makeover' my blog template. Haaa.... Ntah ape jd nye...Layan kan aje...

Saturday keje..ade maintenance...Daku memang tak suke kalau kene kerje time weekend. Keje weekdays je cukupla... Lainla kalau dapat gaji setinggi gunung..Keje 24 x 7 pn daku sanggup... huh...

                  Target...Yeahh....aku sedang men'target' sesuatu.... Fuhhh...
Images sponsored by Google

Tuesday, October 5, 2010

Azam vs angan

Kau org tengokla ape yg daku azam nak lakukan once dapat laptop baru:



1. Segera siapkan assignment supaya nanti masa deadline for submission, tak perlulah daku menggelabah macam esok nak kiamat..


2. Siapkan segera final projek daku..Supaya masa prof nak tengok projek progression, takdela daku tergagap-gagap cari idea untuk menipu dia..


3. Update resume...Nak cari keje lain..


4. Nak update blog....


Tapi kau orang tengoklah pulak bile dakud ah dapat laptop ni..
Out of 4 ni, sume langsung tak jalan.


Bile dapat je laptop, menghadap facebook mcam esok dah tak boleh nak update..
Macam esok server facebook akan down forever..
Mcam esok no more facebook...Haihh...hangin pulak daku dengan facebook nih..
Kesimpulan, blocked je la facebook...Alaa....mcam la tak reti nak unblock..heeeeheee



Bile dapat je laptop, dengan segera masuk YM, chat ngan member..Ala...macam la ramai sgt member kat YM tu...OK...Kesimpulan, uninstall YM..

Monday, September 20, 2010

Raya

OK...Kembali sudah daku ke ofis untuk memulakan rutin harian bekerja. Tak lame sgt pun daku cuti kerana memberi ruang dan peluang kepada kakak-kakak ofismate yang sudah berkeluarga dan beranak pinak bercuti lebih panjang. Dalam banyak case, 'org muda' dan 'single' seperti daku harus banyak mengalah...Aku memang pengalah (org yg selalu mengalah)



OK...Lagi satu kerepekan kali ini, weekend ni rutin daku sebagai pelajar bermula kembali.. Maka perlulah daku bersiap sedia mental dan fizikal agar tidak merasa terlalu heaven sepertimana ketika semester break...


That's all..


Maaf Zahir Batin Semua Kekawan bloggers..
 

Monday, September 6, 2010

Ramadhan and Syawal

"Anak saya pergi ke majlis itu untuk mendapatkan makanan tetapi saya risau apabila Ramadan berakhir minggu ini di manakah mereka akan dapat makanan" kata Fatima.



Quote ni aku dapat dari Berita Harian 07/09/2010.
Fatima merupakan seorang ibu kepada 7 anak yang merupakan mangsa banjir di Pakistan.



Kalau kat Malaysia, kite semua aku menanti berakhirnya Ramadhan untuk berpesta makanan dibulan Syawal. Semoga aku sentiasa bersyukur dengan rahmat kurniaanMu pada hari ini.
Semoga Ramadhan ini mampu menimbulkan rasa insaf dalam diri.










Tuesday, August 31, 2010

Penghujung Ramadhan

Dah masuk penghujung bulan Ramadhan ni...Inilah masenye untuk melipatgandakan ibadah,
Kejar malam Al-Qadar..
Penghujung Ramdhan ni dijanjikan oleh Allah pembebasan dari api neraka...




Cuti raya tahun ni aku amik 2 hari je...sehari Sebelum and sehari selepas..
Then nanti nak sambung cuti lagi... Aku memang suke cuti banyak2 ni.. hehehe...

Monday, August 16, 2010

Lesu..lembik..

Kalau tengok title pun ramai malas nak baca..huih...


Satu cabaran yg paling la buatkan daku lemah dibulan ramadhan ini ialah perasaan mengantuk diwaktu tengahari... Haihh...Rase macam alangkah nikmatnya kalau dapat landing kat katil....



Kalau dah pkul 12.30 ni, mula la aku rase mata aku macam berat gile...adoiiilaaa... Nak gi sever room pun rase macam ..."Wow...jauh gile" Apakah???


Lunch time plak ade majlis tadarus AlQuran...Hajat hati berkobar-kobar nak pegi...But, at the end aku cancel, sebab rase mcam woww...Ngantuknye..Tido syok nih...
Astaghfirullah....aku tak nak la nnt dah akhir ramadhan baru nak terasa ruginya...And yet we never know is this our last Ramadhan?


"Ramadhan awalnya adalah rahmat, tengahnya adalah maghfirah manakala penghujungnya adalah pembebasan dari api neraka."

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan semua kawan-kawan.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu...

Malam tadi masa tarawikh, sempat berkenalan ngan sekumpulan muallaf baru 1st time nak puasa. Buat solat tarawikh full 20 rakaat. Aku yg rase macam malu ngan diorg... Hajat hatiku macam nak buat 8 rakaat je. Tapi tgk kesungguhan muallaf yg less than 1 year tu lagi membara dari aku, aku terus bersemangat jugak...heeee...Malu de...